Perang Bunga di Sepanyol
Setiap musim bunga tiba di Sepanyol ada pemandangan yang cantik di bandar Cordoba. Di sana rumah-rumah dihiasi dengan berbagai macam bunga indah. Rupanya itu adalah sebuah festival "Fiesta of the Patios" atau dikenal dengan "Perang Bunga" untuk menyambut musim bunga.
Selama 2 minggu,para penduduk Cordoba akan membuka laman dalam atau taman yang terletak di tengah atau di dalam rumah untuk mempamerkan bunga milik mereka. Mereka berlumba-lumba menghiasi tingkap dengan bunga kekwa, lili, melati dan geranium nan cantik serta hamparan bunga seperti karpet dan dibentuk ala mozaik sengaja diletakkan agar boleh dilihat orang awam. Nantinya akan dipilih satu pemenang dengan hadiah wang serta kebanggan sebagai pemilik laman dalam terindah di seantreo bandar.
Cordoba sendiri mempunyai iklim kering dan panas sehingga mempunyai laman dalam sejak zaman Romawi. Namun seni menghias laman dalam dengan bunga dipopularkan orang Arab untuk mengurangkan cuaca panas. Cordoba pernah menjadi pusat peradaban Arab pada abad 10 iaitu Al-Andalus dengan penduduk setengah juta jiwa.
Kewujudan laman dalam dianggap penting terutama saat menerima tetamu terlebih setelah Cordoba ditakluk Kristian pada abad 13. Kepelbagaian bunga pada era abad 18-19 oleh pengaruh asing tersebut menambah ramai menghiasi laman dalam di Cordoba.
Meskipun begitu, Festival Patio pertama digelar oleh Cordoba City Hall pada 1918 dan ditambah pemilihan pemenang sejak 1921. Sedangkan pemberian hadiah besar-besar baru dipopularkan 1933. Banyak kategori yang dipertandingkan seperti moden, Islamik, komuniti, keluarga tunggal dan lain-lain.
0 Response to "Perang Bunga di Sepanyol"
Catat Ulasan