Letusan aneh Gunung Berapi Ontake.
Gunung Ontake di Jepun yang meletus secara tiba-tiba dianggap sebagai fenomena yang sangat jarang berlaku. Sehingga tidak mungkin untuk sempat mengambil langkah-langkah pencegahan.
Related
Tanpa amaran
Biasanya ada cukup masa untuk memberi amaran kepada mereka yang tinggal di kawasan sekitar untuk berevakuasi atau menutup akses ke wilayah pelancong disana. Demikian jelas Bardintzeff.
Erupsi Ontake yang diduga menggorbankan lebih dari 30 orang, tidak hanya terjadi secara tiba-tiba tetapi juga berbahaya kerana meletus dipenuhi banyak pendaki dan pelancong.
"Gabungan faktor-faktor tersebut mengubahnya menjadi sebuah bencana," kata Bardintzeff. Ia menambah, ada penjelasan berbeza yang menyebabkan letusan mendadakan tersebut. "magma boleh mencari celah yang memungkinnya naik ke atas dengan satu gerakan. Ini sangat jarang berlaku."
Jenis erupsi berbeza?
Ada juga jenis erupsi lain yang disebut hidrovukanik atau freatomagmatik. "Sering ada air di dalam gunung berapi. Jika magma naik bersama dengan gelombang panas, air boleh menguap dengan cepat dan menyebabkan tekanan tinggi seperti di dalam panci presto. Jika tekanan lebih besar dari kekuatan tanah di atasnya, semua batuan akan menjadi serpihan-serpihan yang dikenali sebagai bom gunung berapi, "jelas Bardintzeff.
Jenis erupsi ini berbahaya kerana terjadi dengan cepat, tanpa ada petanda nyata akan apa yang terjadi selanjutnya. Tanpa peralatan seismologi yang lebih canggih "kita tidak berdaya," menghadapi kes seperti di Jepun, kata Bardintzeff. Untuk saat ini belum ada penjelasan rasmi akan penyebab letusan yang berlaku secara tiba-tiba di Jepun.
0 Response to "Letusan aneh Gunung Berapi Ontake."
Catat Ulasan