Ketahui 6 Perkara Ketika Pergi Majlis Kahwin Yang Tidak Sepatutnya Berlaku, Namun Ramai Yang Terjebak! Awasi Tingkah Laku Anda, Takut Mengundang Murka Allah.


Kalau dulu dengar je orang nak kahwin, mesti tarikh tu tarikh budak-budak cuti sekolah lah, cuti umum lah. Sekarang dah tak macam dulu, bila-bila masa je tak kira cuti sekolah ke tak, ada je kad undangan yang sampai.

Seronok kan bila menghadiri majlis kahwin ni, majlis kahwin kawan-kawan, jiran tetangga. Tapi yang tak best nya tu bila dah datang rumah orang bukan nak kunci mulut tu, semua nak di complaint.

Tempat sanding tak lawa lah, mekap tebal sangat lah, makanan tak sedap lah. Kalau nak hadiri majlis perkahwinan, pastikan korang lupakan 6 perkara ni dulu ya.

1. Mengumpat Pengantin

Yang ni memang selalu kita tengok, sampai-sampai je rumah pengantin terus pelok pengantin. Yang peliknya bukan ucapan tahniah yang keluar dari mulut, tapi sibuk nak complaint mekap tak lawa lah, mekap tebal sangat lah. Tolong jaga kata-kata anda, jangan sampai pengantin berkecil hati dengan perangai anda. Bukan korang yang kahwin pun sibuk hal pengantin.

2. Complain Makanan Tak Sedap

Tengah-tengah mengunyah tu masih sempat mengata makanan tak sedap, tapi dalam mengata tu 2 pinggan bertambah. Elakkan untuk mengata makanan orang tak sedap, takut nanti terkena batang hidung sendiri pula.

3. Gosip Pasal Bilik Pengantin

Setelah selesai makan, selalunya rakan-rakan pengantin akan masuk ke bilik pengantin perempuan untuk mengucapkan tahniah kepada pengantin, tapi anda sibuk nak complain kata dekorasi bilik tak lawa, warna katil dengan langsir tak sesuai. Tolong kawal mulut anda daripada tegur perkara-perkara yang tidak perlu kerana anda bukan pengantin. Kalau nak lawa, pergilah kahwin.

4. Perlekeh Door Gift

Bila dapat door gift bukan nak ucap terima kasih, tapi perlekehkan lagi pemberian orang. Asalkan pengantin dan keluarganya ikhlas memberi, anda terimalah dengan senang hati, bukan hanya tahu nak mengata saja. Tolonglah ada perasaan bersyukur dengan pemberian orang, bukan memperlekehkan. Ikhlas untuk menerima. Kalau tak nak, jangan datang.

5. Jangan Mengata Tuan Rumah

Apabila datang ke rumah orang, sila jaga adab. Jangan mengumpat tuan rumah, diam dan lakukan apa yang patut sahaja. Kecil hati tuan rumah bila dapat tahu yang diri dia diumpat. Baik tak payah jemput kaki mengumpat dan gosip ni.

6. Bungkus Makanan

Memang ada yang suka tapau makanan dari majlis kahwin. Jika tidak disediakan lebih baik anda duduk saja diam-diam, jangan memandai-mandai membungkus lauk dan membawa pulang. Fikirkan juga tetamu-tetamu yang masih belum hadir ke majlis tersebut. Ini paling ramai orang buat. Bungkus makanan sebab nak jimat atau malas nak masak. Dunia oh dunia.

Kalau Ke Majlis Kahwin Sebaiknya!

Kalau datang kenduri jagalah tingkah laku dan percakapan. Jangan kenduri jadi tempat bergosip dan mengumpul dosa. Tuan rumah dah berusaha menjamu dan meraikan kita, jadi bersyukurlah. Allah sangat murka dengan perbuatan itu. So fikir-fikirkanlah.

Sumber: Nakbebel

0 Response to "Ketahui 6 Perkara Ketika Pergi Majlis Kahwin Yang Tidak Sepatutnya Berlaku, Namun Ramai Yang Terjebak! Awasi Tingkah Laku Anda, Takut Mengundang Murka Allah."

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel