Daging Masak Hitam Manis

Lauk berbuka petang semalam ni...resepi ni Ummi tengok banyak dah geng duk buat...Yang ni resepi dari dapur Maklang...sedap...senang pun senang....hehe..Thanks Maklang..
Bahan:-
1/2 kati daging batang pinang - dipotong dan direbus bersama kicap (air rebusan disimpan)
1/2 cawan kicap manis (cap Kipas Udang)
3 sudu besar cili kering yang telah dikisar (Kalu nak pedas, tambah lagi)
Bahan A - (asingkan kepada 2 bahagian)
  • 3 sudu besar jintan manis ] disangai dan
  • 3 sudu besar jintan putih ] dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih }
  • 4 ulas bawang merah } dikisar
  • sedikit halia }
  • Bunga lawang
  • kulit kayu manis
  • buah pelaga
  • asam keping
  • Minyak masak
Cara Memasak:-
  1. Daging yang dipotong/dihiris nipis direbus bersama kicap (simpan air rebusan)
  2. Bila daging telah empuk, gaul dengan sebahagian bahan-bahan A. Goreng sekejap sahaja.
  3. Asingkan daging ke dalam pinggan. Tumis pula lebihan bahan A tadi. Masukkan cili kering, kacau sebati.
  4. Masukkan daging dan air rebusan tadi. Gaul rata. Masukkan asam keping, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
  5. Masukkan kicap pekat manis jika ingin nampak daging lebih hitam.
  6. Biarkan mendidih sekejap dan kuah agak pekat. Angkat.

0 Response to "Daging Masak Hitam Manis"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel