Tradisi Lelaki Jepun Pakai Cawat
Jepun memang mempunyai pelbagai tradisi unik untuk meraih kemenangan . Salah satunya dengan sebuah festival tanpa pakaian yang dinamakan Hadaka Matsuri .
Festival yang diadakan di kuil Saidaiji , Okayama , Jepun ini melibatkan 9 ribu lelaki yang hanya memakai cawat putih atau fundoshi . Ribuan lelaki yang hampir tidak berpakaian ini kemudian berenang di kolam yang telah disediakan untuk menyucikan tubuh mereka .
Menariknya dari festival ini adalah para lelaki saling berasak -asak memperebutkan tongkat sepanjang 20 cm dengan diameter 4 cm . Tongkat yang bernama Shingi ini akan dilemparkan terus oleh ketua sami di kuil tersebut dari tingkap setinggi 4 meter .
Para lelaki kemudian saling mengangkat tangan ke atas berharap mendapat tongkat tersebut dengan berteriak " Wasshoi ! Wasshoi ! " Barang siapa yang mendapat tongkat ini diyakini akan mempunyai nasib dan kemakmuran selama setahun penuh .
Festival yang diadakan tiap minggu ketiga bulan Februari ini sudah mula dilaksanakan sejak 500 tahun silam .
0 Response to "Tradisi Lelaki Jepun Pakai Cawat"
Catat Ulasan