Bergaduh Macam Mana Pun, Ini 5 Sebab Suami Isteri Jangan Tidur Berasingan!
�Alamak, merajuk lagi bini aku. Tidur luarlah nampaknya aku malam ni� Aduhai��
Senario ini mungkin boleh dikatakan biasa kita tengok dalam drama Melayu. Tapi hakikatnya, semakin ramai pasangan yang mula tidur berasingan walaupun bukannya sebab bergaduh. Bahkan, laporan The Telegraph mendedahkan bahawa pasangan mula tidur berasingan selepas tempoh 3 tahun setengah berkahwin.
5 SEBAB SUAMI ISTERI JANGAN TIDUR BERASINGAN
Ada yang rasa tak selesa di bilik, lebih suka tengok TV di luar, atau tak tahan dengan dengkuran pasangan. Mungkin anda menganggap bahawa ia adalah perkara kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Namun, ini adalah antara sebab anda harus mempertimbangkannya semula.
1. ANDA AKAN KEHILANGAN MASA PALING BERHARGA BERSAMA
Menurut Psychology Today, waktu sebelum masuk tidur adalah waktu yang kritikal dan mungkin masa yang paling berharga bagi kebanyakan pasangan.
Ini kerana, waktu inilah pasangan akan mula berada dalam mode relaks. Dalam tempoh ini, perbualan yang sihat akan berlaku, kemesraan akan terjalin, dan masalah dapat dibincangkan bersama. �Pillow talk� sebegini walaupun dianggap santai, tapi sebenarnya akan memupuk keintiman, rasa percaya, dan mengekalkan kasih sayang dalam rumah tangga.
2. MEMPENGARUHI �MOOD� HARIAN PADA KEESOKANNYA
Apabila masing-masing buat hal sendiri, mereka cenderung untuk masuk tidur lebih lewat kerana terlalu leka. Bila bangun keesokannya, kebanyakan pasangan akan berasa macam ada sesuatu yang tak kena.
Penyelidikan juga membuktikan bahawa �mood� seharian boleh terjejas dan emosi juga boleh terganggu akibat perasaan yang tidak tenteram, terutamanya di kalangan wanita.
3. CENDERUNG BERLAKU SALAH FAHAM
Apabila bermulanya tabiat tidur berasingan ini, pasangan biasanya semakin kurang berkomunikasi. Bayangkan, waktu siang masing-masing sibuk dengan kerja. Bila balik ke rumah, sibuk pula menguruskan anak. Maka, waktu malam sebelum tidur saja merupakan waktu yang ada untuk pasangan.
Jika waktu ini kerap dikorbankan, tiadalah quality time untuk anda berdua. Hari ke hari, rasa makin kurang memahami si dia. Akibatnya, kadar stres dalam akan hubungan semakin menjadi-jadi hingga sekecil-kecil hal pun boleh mengakibatkan pertengkaran hebat.
4. CONTOH YANG TIDAK BAIK KEPADA ANAK-ANAK
Rutin tidur yang baik bukan saja penting kepada anda berdua, tetapi juga kepada anak-anak. Kalau anak-anak terjaga waktu malam dan nampak ibu ayah mereka tidur berasingan, apa pula kata mereka?
Mereka juga mungkin terganggu dengan bunyi bising atau lampu daripada pancaran TV di ruang tamu. Malah, mereka juga boleh terikut-ikut dengan perangai kita. Sedangkan kita tahu bahawa tidur nyenyak adalah amat penting untuk mereka. Semua ini akan memberi kesan kepada perkembangan dan emosi anak-anak apabila mereka besar kelak.
5. RUMAH TANGGA MULA HAMBAR
Barton Goldsmith Ph.D, pula berpendapat faedah tidur sekatil bersama pasangan bukanlah kerana seks semata-mata.
Dalam sebuah penelitian, pasangan yang paling gembira dengan hubungan masing-masing adalah mereka yang tidur dalam jarak 1 inci atau kurang, berbanding mereka yang tidur dengan jarak 30 inci antara satu sama lain. Maksudnya, lebih rapat anda �berhimpit�, lebih bahagialah hubungan anda!
Sebaliknya apabila masing-masing leka dengan hal sendiri, tak hairanlah hubungan akan menjadi hambar dan dingin. Malah, tak mustahil anda akan mula berfantasi dan mengembangkan perasaan terhadap orang lain.
TEMPAT TIDUR BERSAMA PATUT MENJADI RUANG PALING SELESA
Terbukti, sains dan psikologi juga menyarankan agar semua pasangan mengekalkan tabiat tidur sekatil walaupun hubungan telah lewat usia. Tapi bila dah sekatil, jangan pula asyik dengan gajet masing-masing sampailah lewat malam.
Pandanglah wajah pasangan. Tanyakan tentang hari mereka. Berguraulah. Berpelukanlah. Biarlah tempat tidur bersama menjadi tempat kita untuk kita �recharge� dan berasa lebih gembira � bukan sebaliknya!
0 Response to "Bergaduh Macam Mana Pun, Ini 5 Sebab Suami Isteri Jangan Tidur Berasingan!"
Catat Ulasan