HAMPIR 90% ORANG YANG SERING MENGABAIKAN 7 TANDA AWAL KANSER INI.
Terlalu banyak keajaiban di dunia ini sehingga terhasilnya senarai keajaiban-keajaiban di dunia tetapi kita tidak sedar bahawa tubuh badan manusia juga merupakan salah satu antara keajaiban yang besar.
Tubuh badan kita mampu untuk memberi tanda-tanda untuk sesuatu penyakit namun seringkali diabaikan oleh ramai orang.
Apabila ia sudah sampai ke tahap bahaya, ianya menjadi semakin sukar untuk dirawat. Jadi, mari kita telusuri tanda-tanda awal kanser yang seringkali dianggap sebagai perkara normal bagi masyarakat.
Anda tidak perlulah membuat konklusi awal seolah-olah dunia anda akan berakhir tetapi adalah lebih baik jikalau anda berjumpa dengan doktor untuk diagnosis lanjut.
1. Ketumbuhan pada kulit
Ketumbuhan pada kulit boleh dikatakan sebagai tanda awal bagi kanser kulit dan kanser payudara. Antara tanda-tanda lain adalah:
a. Biji keras di bahagian payudara atau ketiak
b. Gatal-gatal yang tidak diketahui punca
c. Nanah atau berair di tengah-tengah ketumbuhan
d. Kejadian tanda lahir atau perubahan tanda lahir secara tiba-tiba
2. Batuk yang berterusan
Batuk yang berterusan sering dikaitkan dengan kanser paru-paru dan ia mungkin didatangkan dengan tanda-tanda lain seperti:
a. Hilang selera makan
b. Hilang berat badan secara tiba-tiba
c. Seterusnya, boleh menyebabkan batuk berdarah dan nafas yang semakin pendek
3. Gatal-gatal pada kulit
Dalam kebanyakan kes, gatal-gatal yang timbul tidaklah dikatikan sepenuhnya dengan kanser tetapi menurut pakar ada sesetengah kegatalan mempunyai perkaitan dengan kanser seperti:
a. Ketumbuhan pada uterus menyebabkan kegatalan pada bahagian kelamin
b. Kanser otak mungkin menyebabkan kegatalan pada bahagian hidung
4. Perubahan pada fungsi usus
Penyakit pada bahagian usus mungkin akan menyebabkan berlakunya simptom-simptom seperti berikut:
a. Berak berdarah
b. Keluarnya lendir atau nanah
c. Najis keluar secara tiba-tiba
5. Keluar lendiran ketika membuang air
Lendiran-lendiran yang keluar ketika membuang air mungkin merupakan tanda kepada kanser buah pinggang tetapi ia mungkin datang bersama tanda-tanda lain seperti:
a. Darah keluar semasa membuang air kecil
b. Stress yang melampau
c. Sakit pada buah pinggang
d. Letih yang kronik
6. Kehilangan berat badan yang mendadak
Anda mungkin menghidap kanser perut apabila kehilangan berat badan secara tiba-tiba dan tidak dapat dijelaskan kenapa. Pada awalnya, tanda-tanda tersebut mungkin tidak terlalu ketara tetapi pada peringkat akhir, ia sapat dilihat dengan jelas.
a. Merasa loya apabila melihat daging
b. Merasa kenyang meskipun mengambil makanan dengan kadar yang sedikit
c. Anemia
d. Merasa pergerakan makanan di dalam usus begitu sukar
7. Sakit tekak yang berterusan
Keadaan tekak yang tidak selesa dan sakit mungkin merupakan tanda-tanda awal kanser tekak. Ia juga didatangkan dengan simptom-simptom lain seperti:
a. Sukar untuk bernafas dan menelan
b. Terasa seperti ada ketulan pada bahagian tekak yang merupakan ketumbuhana
c. Suara mulai serak dan hilang
d. Batuk berdarah dan mempunyai bau mulut yang teruk
Tanda-tanda yang disenaraikan tidaklah 100% tepat tetapi apa salahnya jikalau anda mengambil langkah awal untuk mencegah sebarang kejadian yang tidak diingini dengan mendapatkan nasihat Doktor.
Bukankah pepatah Melayu ada menyebut, mencegah itu adalah lebih baik dari merawat?
0 Response to "HAMPIR 90% ORANG YANG SERING MENGABAIKAN 7 TANDA AWAL KANSER INI. "
Catat Ulasan