Mee Kuah Udang


Semalam rasa cam malas je nak makan nasi..hubby pulak pergi ofis ada keje sikit, petang baru balik..so tinggal Ummi dengan Najiha n Aiman jek! Dah lama teringin nak makan mee kuah camni..so semalam jadi menu lewat tengahari dah membawa ke petang dah..hehe...Pagi-pagi duk bz vacuum satu rumah, mengemas segalanya...berlenjun peluh ku!! Adeh penatnyaa...

Petang keluar sekejap cari barang2 Najiha yang terpilih untuk mengikuti Program Motivasi Bersama Pakar2 untuk PISSA (Program Intervensi Skor Semua A) anjuran Yayasan Pahang yang akan diadakan di Genting Highlands mulai 16 - 21 Julai ni..! Emm mengalir duit la pulak beli barang2 dia..hehe..
So dah penat2 tu, meh kita layan mee udang nih!! :D

Bahan:-
1 paket mee kuning - rendam, basuh dan celor, toskan.
15 ekor udang sederhana besar
1/4 biji kobis
5 batang sawi
1/2 batang carrot - hiris memanjang 1 in
1 paket baby corn
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap cair
2 biji telor
sedikit gula
1 biji bawang besar - hiris tebal sikit
garam
Air secukupnya
Hiasan tabur:-
Bawang goreng
Daun bawang
Tomato - hiris nipis

Related

Bahan Kisar:-
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar pes cendawan + kentang (Campbells)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato

Cara Memasak:-
Tumis bahan kisar atas api perlahan. Kacau 8 - 10 minit. Masukkan sos tomato, sos cili dan kicap. Masukkan air secukupnya..jangan terlampau banyak sgt. Kemudian sayuran lobak dan baby corn dulu. Kemudian masukkan udang dan sayuran lain. Masukkan gula dan garam.. Biarkan mendidih lagi, pecahkan telor dan masukkan bawang besar. Kacau kuah dan seimbangkan rasa. Tutup api.

Related Posts

0 Response to "Mee Kuah Udang"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel