Hati-Hati Ramai Yang Tersalah Memberi Salam Ketika Tahiyyat Akhir. Memberi Salam Merupakan Rukun Solat Yang Ke-12, Jika Salah Maka Sia-sia Solat Kita.
Cara memberi salam yang betul ketika kita selesai solat, kadang-kadang lupa dan tersilap cara cara yang tepat untuk memberi salam.
Soalan: ketika memberi salam di hujung solat; adakah kita memberi salam dulu baru berpaling ke kanan atau ke kiri, atau kita berpaling bersama-sama memberi salam?
Jawapan:
Mula-mula kita lafazkan �Assalamu alaikum� dengan muka masih menghadap ke kiblat, kemudian bila menyebut �Wa rahmatullah� barulah kita memalingkan muka ke kanan atau ke kiri. Dengan cara ini kita dapat mengelak dari berpaling ketika masih dalam solat kerana selagi belum melafazkan salam, selagi itu kita dikira masih dalam solat. Maka apabila kita melafazkan salam terlebih dahulu, kemudian baru berpaling, kita berpaling setelah menyelesaikan solat dengan melafazkan salam.
Mengenai larangan berpaling dalam solat, ia disebut oleh hadis dalam Soheh al-Bukhari dari �Aisyah RA yang menceritakan; Nabi SAW pernah ditanya tentang berpaling di dalam solat, lalu baginda menjawab;
�???? ?????????? ???????????? ???????????? ???? ??????? ????????�
�Perbuatan itu adalah salah satu cara Syaitan mencuri tumpuan seorang hamba dari solatnya� (Soheh al-Bukhari; 751).
PERKARA MEMBATALKAN SOLAT
1)Bercakap atau berkata kata dengan sengaja padahal dia tahu bercakap dalam solat itu haram. Sekalipun kata katanya tidak memberi faham apa apa atau satu huruf yang memberi faham sprti �kii� yg bermaksud jaga atau kawal
2) melakukan perbuatan yang banyak berturut turut seperti melangkah tiga langkah berturut turut sama ada sengaja atau terlupa maka batallah sembahyangnya. Tetapi jika perbuatan itu sedikit tidak dengan tujuan bermain main, tiadalah batal. Adapun bercakap tanpa sengaja umpama terlancar lidahnya atau dia sendiri tidak tahu hukum hakam bercakap dlm solat, dimaafkan selagi mana tidak lebih dari enam perkataan
�Perbuatan yang banyak� itu sama ada dari satu anggota atau dari berbilang anggota seperti gerak kepala atau dua tangan sekali. Maksud menggerakkan anggota disini ia anggota yang berat seperti tangan dan kaki. Ada pun anggota yang ringan spt menggerakkan jari jari, lidah, kelopak mata, bibir mulut walaupun beberapa kali digerakkan berturut-turut tiada batal solatnya kerana itu merupakan perbuatan yg sdikit
3) berhadas besar seprti terkeluar air mani atau berhadas kecil seperti terkentut maka batal solat dgn sbb itu.
4) kena najis yang tiada dimaafkan pada badannya atau pakainnya atau dalam lubang hidungnya atau dalam telinganya atau dalam matanya kerana solat najis ini berat. Jika najis itu keris dan dikebaskan cepat cepat seblum masuk tumakninah, tidak batal solat. Ataupun jika najis itu basah jatuh atas songkok atau serban terus dicampakkan songkok atau serban itu cepat cepat seblum masuk tumakninah, maka tidak batal solatnya
5) terbuka aurat. Tetapi jika terbuka aurat dan ditutupnya dgn segera, tidak batal solatnya selagi perkara itu tidak berulang dan tidak berturut turut
Tetapi jika banyak pergerakan, akan batal juga solat..
6) berubah niat. Cthnya macam dalam solat. Kita berkira kira nak keluar dari solat. Ataupun mcm hati berbelah bagi �nak teruskan solat atau stop�. Maka batallah solat
Ataupun mcm cthnya sebelum solat kita terfikir �kalau masa aku solat, ada org call. Aku agkt hp tu�. Ha jadi tak sah solat kita sbb sblum kita dah niat nak batalkan solat. Tidak sah juga solat kalau kita tgh solat zohor pahtu tetibe nak tukar kepada solat asar. Kecuali solat fardu yang hendak ditukarkan kpd solat sunat mutlak dgn sbb nak solat berjemaah
7) berpaling drpd kiblat dengan dada ke kiri atau ke kanan sekalipun dgn sbb dirempuh atau ditolak orang.
8) makan. Sama ada banyak atau sedikit tetap batal solat. Walaupun tgh solat tertelan sebutir bijan atau sebutir gula pasir, akan batal solat.
9) minum sama ada banyak atau sedikit melainkan kerana jahil atau terlupa
10) tertawa dengan bunyi yang boleh mengeluarkan suara yang mengandungi dua huruf atau satu huruf yang boleh memberi faham. Tapi kalau tertawa sedikit yg tak dapat nak elak, tak boleh nak tahan. Maka tidak batal solat
11) Murtad. Cthnya macam dia bayangkan yg sedang sembah berhala, ataupun dlm hati dia cakap yang esok dia nak masuk kristian. Maka tidak sah solatnya
Rujukan;
1. Syarah �Umdatil Ahkam, Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha.
2. al-Mughni, Imam Ibnu al-Qudamah, 1/399.
Sumber: Ustaz Adnan Dan Ustaz Abdul Basit
0 Response to "Hati-Hati Ramai Yang Tersalah Memberi Salam Ketika Tahiyyat Akhir. Memberi Salam Merupakan Rukun Solat Yang Ke-12, Jika Salah Maka Sia-sia Solat Kita."
Catat Ulasan