YANG INGIN MENGUBAH HIDUP MOHON BACA! DOA YANG DIAJAR NABI MUHAMMAD KEPADA ANAS BIN MALIK SEHINGGA MENJADI KAYA RAYA.
Bolehkan ustaz huraikan kisah sahabat Rasulullah SAW yang bernama Anas bin Malik dan doa Nabi SAW kepada beliau iaitu doa untuk murah rezeki dan panjang umur?
Rasulullah berdoa:
??????????? ???????? ??????? ?????????? ????????? ???? ??????
Kesan daripada doa tersebut, Allah SWT telah panjangkan umurnya, mempunyai anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: �Demi Allah, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.�
Doa khusus Nabi S.A.W kepada Anas Bin Malik : Allahumma , aksir maalahu, wa waladahu, wa wassiqlahu fiddarihi, wa bariklahu fi ma a�toitahu, wa ahsin a�malahu, warghfirlahu.
Maksudnya: �Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya, luaskanlah rumahnya, berkatilah dia pada semua kurniaan-Mu kepadanya, perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.�
Mengikut catatan Anas bin Malik r.a. memang kaya, mempunyai anak seramai 120 orang, umur ketika meninggal dunia pada umur 104 tahun (93 H) dan meriwayatkan 2200 hadis Nabi SAW.
Abul �Aliyah Ar-Rayahi (tabi�in) berkata: �Anas bin Malik memiliki sebuah kebun kurma yang selalu berbuah dua kali dalam setahun.� (Tidak sebagaimana kebun pada umumnya yang berbuah hanya sekali)
0 Response to "YANG INGIN MENGUBAH HIDUP MOHON BACA! DOA YANG DIAJAR NABI MUHAMMAD KEPADA ANAS BIN MALIK SEHINGGA MENJADI KAYA RAYA. "
Catat Ulasan