Api Menyala Di Permukaan Air Kolam


 Jamaica, ada api yang menyala di atas air.Anehnya, pengunjung boleh berendam di air tersebut tanpa sebarang kecederaan.

Tidak jauh dari Kota Saint Ann Teluk di Middlesex, Jamaica, ada kolam unik yang bernama Windsor Mineral Spring. Ini adalah kolam air panas semulajadi yang mempunyai fenomena aneh.

Bukan kerana berunsur ghaib, fenomena ini terjadi kerana tingginya tahap gas sulfur yang keluar dari dasar kolam semulajadi ini. 

Seperti kebanyakan kolam air panas yang mengandungi belerang, air di sini dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Dalam sejarahnya, kolam ini sudah digunakan sebagai pusat rawatan selama berabad-abad lalu oleh penduduk sekitar.

Bagi pelancong yang ingin ke sana, biasanya akan disambut oleh komuniti di Windsor Mineral Spring. Disana, pengunjung akan ditawarkan untuk berjalan di kolam air panas tersebut. Ada juga urutan api yang boleh dicuba pelancong.

Terkini, dan ini yang paling unik, pemandu pelancong akan memasak di atas air yang mengeluarkan api tersebut.





0 Response to "Api Menyala Di Permukaan Air Kolam"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel