Video.Bayi 21 Bulan Miliki Hidung Seperti Watak Kartun Pinocchio .
Seorang bayi berusia 21 bulan di sini memiliki hidung seperti watak kartun Pinocchio kerana menghidap sejenis penyakit ganjil.
Keadaan tersebut menyebabkan Trezise terpaksa menjalani beberapa pembedahan bagi membantu dia bernafas selain merapatkan lubang pada tengkoraknya.
Ibunya, Amy Poole, 22, berkata, beberapa doktor yang melakukan ujian X-ray semasa kandungannya berusia 20 minggu telah mengesan kecacatan pada bayinya kerana beberapa tisu otaknya membesar pada bahagian wajah.
Bagaimanapun, dia terkejut ketika melahirkan bayinya itu di Hospital Universiti Wales pada Februari tahun lalu kerana memiliki hidung kelihatan pelik seperti kartun.
Jom saksikan video berikut ini:
0 Response to "Video.Bayi 21 Bulan Miliki Hidung Seperti Watak Kartun Pinocchio ."
Catat Ulasan