BMW Terbang Seperti Aksi Filem Fast And Furious
Sebuah kereta jenis BMW dirakam terbang setinggi enam meter sebelum melanggar siling sebuah terowong apabila pemandunya tertidur dan menyebabkan kenderaan itu menaiki penghadang jalan.
Gambar yang dikongsi polis Slovakia menunjukkan kereta mewah itu remuk teruk tetapi pemandunya sangat bernasib baik kerana hanya mengalami sedikit kesan lebam tanpa sebarang kecederaan serius.
Rakaman kamera keselamatan berhampiran menunjukkan kereta milik pemandu berusia 44 tahun itu mengeluarkan percikan api selepas melanggar penghadang jalan sebelum �terbang� di laluan masuk ke Terowong Borik di sini Khamis lalu.
Ujian alkohol mendapati lelaki itu tidak mabuk sebaliknya dipercayai mengalami �tidur mikro� ketika memandu kira-kira pukul 5 pagi (waktu tempatan).
Tidur mikro berlaku antara lima ke 10 saat sahaja. Satu tinjauan ke atas 1,000 pemandu pada 2014 menunjukkan 45 peratus lelaki dan 22 peratus wanita pernah mengalami tidur mikro, lapor rangkaian berita BBC. �Kosmo.my
0 Response to "BMW Terbang Seperti Aksi Filem Fast And Furious"
Catat Ulasan