Semut Luar Biasa Pantas Mengigit di Dunia


Satu spesies semut kini memegang gelaran makhluk paling pantas di dunia selepas memiliki keupayaan untuk menggigit selaju 320 kilometer sejam (km/j), menurut kumpulan penyelidik Universiti Illinois.

Serangga itu dinamakan sebagai semut Drakula dan ditemui buat kali pertama pada tahun 1994. Ia dinamakan Drakula kerana didapati gemar menghisap darah larva sendiri. Serangga itu boleh dijumpai di Afrika, Australia dan Asia Tenggara.



Semut Drakula dikatakan mempunyai rahang luar biasa yang boleh menyentap pada kelajuan 5,000 kali ganda lebih pantas daripada kedipan mata manusia.

�Semut-semut ini sangat mengagumkan. Rahang yang sangat kuat itu umpama spring perangkap tikus,� kata penyelidik bersama Universiti Illinois, Profesor Andrew Suarez.





Kumpulan penyelidik itu menggunakan teknologi rakaman video paling canggih untuk mengukur kelajuan gigitan serangga itu. Impak gigitan pantas itu boleh menyebabkan serangga buruan seperti lipan pengsan serta-merta. �Kosmo.my




0 Response to "Semut Luar Biasa Pantas Mengigit di Dunia"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel