Spiced Rice

Bahan:-
2 cawan (400 gm) beras basmathi
2 sudu besar minyak sapi Ghee/minyak masak
1/2 biji (100 gm) bawang besar - dadu
1 1/2 biji bawang putih - cincang
3/4 sudu teh garam masala
3/4 sudu teh biji sawi
1/4 sudu serbuk cili
3 cawan (750 ml) pati ayam

Basuh beras hingga bersih dan toskan. Dalam periuk, panaskan minyak Ghee, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan rempah2, masak dan kacau lebihkurang 1 minit dan hingga berbau wangi. Masukkan beras, gaul hingga rata dengan bahan tumis tadi. Masukkan stok ayam dan air. Masaklah nasi seperti biasa. (*selepas masukkan air dan stok ayam, Ummi terus angkat periuk dan letak dalam periuk elektrik. Tekan ON dan masak cam bese) Balikkan nasi perlahan2 bila nasi telah kering.
0 Response to "Spiced Rice"
Catat Ulasan