Video. Doktor Ini Pukul Pesakit Gara-gara Pesakit Gagal Bayar Bil Perubatan
Baru-baru ini sebuah kejadian ngeri berlaku di China. Seorang doktor yang sepatutnya merawat pesakit malah dengan selamba memukulnya. Perkara ini diduga lantaran pesakit tersebut mempunyai kekangan pembayaran bil hopital ketika hendak membuat pembedahan.
Kejadian tersebut sebenarnya terjadi pada September 2015 lalu di Hospital Hohhot, kawasan Mongolia, China Utara. Namun, video yang secara diam-diam dirakam oleh seorang jururawat ini baru beredar di stesen televisyen tempatan beberapa saat lalu.
Dalam video rakaman, seorang pesakit perempuan kelihatan terbaring di bilik pembedahan. Dengan keadaan menderita, pesakit tersebut dipukul berulang kali oleh doktor sambil mengatakan sumpah serapah. Doktor lain juga ikut membantu memegang tangan pesakit.
Menurut Huanqiu, doktor itu adalah seorang doktor pakar bersalin. Walaupun belum disahkan kebenarannya, doktor ini disebut tidak mahu memberi tindakan sebelum si pesakit bersedia untuk membayar lebih di saat-saat terakhir.
Sementara itu, video sadis ini juga telah disebar di laman web nombor satu China, Sina. Kira-kira 52 ribu netter mengutuk tindakan biadab dari tindakan doktor tersebut. "Sebaiknya anda tidak pergi ke hospital swasta, banyak pembohong di sana," ujar salah satu netter.
Berikut videonya:
0 Response to "Video. Doktor Ini Pukul Pesakit Gara-gara Pesakit Gagal Bayar Bil Perubatan"
Catat Ulasan