Video.Anak Kambing Berkepala Dua di China.
Satu rakaman video menunjukkan seekor anak kambing yang dilahirkan dengan dua kepala di wilayah Sichuan, China telah menjadi tumpuan media sosial minggu lalu.
Keadaan itu dikenali sebagai polisefali dan bukan kali pertama dikesan di rantau ini dengan seekor anak kambing biri-biri dilahirkan dengan dua otak di bandar Hohhot, Mongolia pada Oktober 2014.
Walaupun anak kambing baharu itu kelihatan berbeza daripada anak kambing lain, haiwan tersebut tetap sihat dan mampu berjalan sendiri.
Haiwan polisefali terbentuk daripada keadaan serupa dengan janin kembar siam yang membahagi daripada satu telur selepas disenyawakan.
Berikut ini videonya:
0 Response to "Video.Anak Kambing Berkepala Dua di China."
Catat Ulasan