Duduk Jer Kerusi ni Dah Tahu Berat Anda.



Mungkin tidak ada orang mahu duduk-duduk di bangku taman yang terletak di Moscow, Russia. Bagaimana tidak? Jika anda duduk di sana maka berat badan terus terpampang jelas.

Langkah unik itu ciptaan kerajaan Moscow untuk meningkatkan kesedaran rakyatnya dalam bersenam. Akhirnya mereka memasang kerusi yang berfungsi sebagai timbang di Taman Sokolniki. Dirancang bakal dipasang 20 bangku timbang pada akhir tahun nanti di taman-taman popular lain di Moscow.

Vladimir Chernikov, Ketua Media dan Pengiklanan, menyokong projek bercita-cita tinggi oleh tempat kecergasan ini kerana dirasanya berguna dan menarik. Nantinya bangku-bangku itu akan dilengkapi teknologi canggih dan aliran elektrik untuk nge-cash telefon bimbit. Kecanggihan ini memerlukan kos US $ 1,300 per bangku namun semuanya akan dibiayai syarikat pengiklanan.

Sebenarnya, cara sama pernah dilaksanakan di Belanda dengan menggunakan bangku taman juga. Setiap kali ada yang duduk di sana maka panel di dindingnya terus menunjukkan angka dalam kilogram berat badan orang tersebut. Panelnya juga memaparkan maklumat dan iklan gym.

Rusia sendiri memang mempunyai taman-taman awam yang difungsikan sebagai gym untuk rakyatnya. Seolah-olah kerajaan ingin mengajak rakyat memanfaatkan kemudahan percuma itu untuk sukan dengan cara yang unik ini.

0 Response to "Duduk Jer Kerusi ni Dah Tahu Berat Anda."

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel