Lelaki Ketagih Makan Kucing.
DAGING kucing dimasak di sebuah restoran di Vietnam. |
Andernach (Jerman): Seorang lelaki Vietnam di Jerman yang mengaku membunuh, memanggang dan memakan kucing jirannya hairan mengapa dia menjadi sasaran kemarahan pencinta haiwan.
�Apa salahnya makan kucing,� kata Tran Qui selepas dia ditahan kerana memanggang seekor kucing bernama Mungo milik seorang pesara tempatan.
Kini, pemilik kucing di Andernach di Rihneland terpaksa mengurung haiwan peliharaan masing-masing selepas Qui disyaki membunuh dan memakan 30 kucing yang hilang sejak beberapa bulan lalu.
Seorang jurucakap polis berkata: �Dia memasak haiwan itu di luar rumah. Mungkin sudah menjadi budaya Asia memakan daging kucing. Tetapi di Jerman, ia tidak boleh diterima.�
Seorang penduduk, Christina Sarwatka berkata, 30 kucing hilang baru-baru ini.
�Saya tidak akan biarkan kucing saya keluar lagi. Saya bimbang dia akan dimakan oleh lelaki itu,� katanya.
Qui, bapa lima anak, tinggal di bandar itu sejak dua tahun lalu dan berkata, dia merindui �masakan Vietnam.�
�Kerana itu saya masak daging kucing dan memakannya,� katanya.- Agensi
0 Response to "Lelaki Ketagih Makan Kucing."
Catat Ulasan