Bilik Bersalin Untuk Lelaki.
Related
Perkhidmatan unik ini dibuat secara percuma untuk kaum lelaki yang ingin cuba merasakan rasanya melahirkan seorang anak. Bahkan sudah tercatat sebanyak 100 lebih lelaki yang memutuskan untuk mencubanya.
Sebahagian besar kaum lelaki yang mahu cuba melakukan percubaan ini merupakan calon ayah yang isterinya akan segera melahirkan. Namun, ada juga lelaki yang memang ingin sekali merasakan rasa sakitnya melahirkan.
Kemudian, para peserta akan merasakan rasa sakitnya melahirkan secara beransur-ansur mulai dari tahap satu hingga ke tahap 10.
Ada seorang lelaki yang berani mencuba dan hanya mampu bertahan di level 7 sahaja. Namun, yang lain sudah terus jatuh ke bawah ketika dirasakan rasa sakitnya tersebut.
"Rasanya jantung dan paru-paru saya tercabut," kata Song yang merupakan salah satu lelaki yang berani untuk mencuba ujian rasa sakit melahirkan ini.
Perkara unik ini pada dasarnya juga ingin membuat lelaki tersedar bahawa wanita itu harus dihormati dan dihargai, kerana wanita telah tahan terhadap rasa sakitnya melahirkan, bahkan boleh dilakukannya hingga beberapa kali.
Namun, menurut beradik yang melakukan ujian ini, mengatakan bahawa sakit yang dirasakan oleh kaum wanita dari rasa sakit ujian ini, tidak akan dapat dibandingi dengan rasa sakit melahirkan yang sesungguhnya.
0 Response to "Bilik Bersalin Untuk Lelaki."
Catat Ulasan