Ketahui 7 Matlamat Anda Berpuasa
Ibadah puasa adalah perintah Allah kepada umat-Nya. Allah menyediakan pelbagai kebaikan di dalamnya dan janji pengampunan dosa serta syurga kepada yang berpuasa dengan ikhlas.
Apakah jangkaan kita kepada puasa terhadap pembentukan peribadi kita?
#1 � Mendidik Diri Kita Untuk Mentaati Perintah Allah S.W.T
Jika difikirkan secara logik, berpuasa agak berat untuk dilakukan. Kita tidak makan dan tidak minum sedangkan ia satu keperluan asas untuk terus hidup.
Namun, dengan kekuatan iman, kita tetap menuruti suruhan itu kerana kita tahu ia datang dari Allah.
#2 � Membentuk Sifat Penyayang
Apabila tidak dapat makan dan minum itulah puasa membentuk sifat penyayang dalam diri. Ia menimbulkan rasa kasih, tolong-menolong, mengambil berat dan bertimbangrasa terhadap mereka yang tidak bernasib baik.
Ini kerana lapar dan dahaga mengingatkan kita kepada mereka yang tidak dapat makan dan minum seperti kebanyakan daripada kita, contohnya fakir miskin.
#3 � Latihan Membentuk Kesabaran
Dalam keadaan lapar dan dahaga serta cuaca yang kebiasaannya panas, kita diuji dengan kekuatan menahan penderitaan.
Ini adalah satu ujian sama ada kita masih bersyukur kepada Allah apabila datangnya ujian seperti kehilangan keperluan asas dalam hidup iaitu makan dan minum. Kesengsaraan ini melatih diri untuk terus kuat.
#4 � Mendidik Diri Bersyukur
Justeru, bagi yang menyedari keadaan ini, syukur adalah apa yang muncul dalam diri mereka. Dalam menempuhi ujian yang menguji kesabaran, Allah menggantikannya dengan pahala berlipat kali ganda.
Malah ada banyak lagi ganjaran diberikan kepada mereka yang ikhlas dalam berpuasa serta melakukan amal kebaikan semasa sedang mengerjakannya.
Yang terpenting ialah pintu khas menuju ke syurga yang disebut sebagai ar-Rayyan untuk mereka. Ini adalah tanda dan bukti kasih sayang Allah kepada mereka yang berbuat kebaikan.
#5 � Mendapat Keampunan Daripada Allah
Hanya orang yang ikhlas dalam berpuasa akan mendapat keampunan daripada Allah. Inilah harapan kita dan janji Allah kepada umat-Nya. Jadi, bagi mendapatkan keampunan dan kebaikan ini, kita didik jiwa kita agar melakukan semuaya secara ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.
#6 � Melahirkan Keikhlasan
Pembentukan keikhlasan dalam jiwa kita inilah yang menjadikan kita sebagai muqarrabin iaitu orang yang dekat dengan Allah. Dengan jiwa ini kita menahan diri daripada nafsu dan kehendak duniawi.
Jadi, kita berusaha mengawal diri kita agar terhindar daripada dosa dan maksiat. Maka, puasa menjadikan kita insan yang berdisiplin.
#7 � Menginsafi Diri
Inilah yang akhirnya menjadikan kita insaf. Merasai diri kita sebagai hamba yang lemah dan memerlukan Allah SWT dalam hidup kita. Lalu, kita menjadi hamba yang berharap kepada keredhaan-Nya.
Sumber : tazkirah.net
0 Response to "Ketahui 7 Matlamat Anda Berpuasa"
Catat Ulasan