6 Amalan Yg Perlu DIGANDAKAN Bila Masuk Bulan Ramadhan. No 6 Buat Ramai Orang SUKA !!! | Adakah kita gembira dengan kedatangan bulan mulia ini? Berbahagialah bagi mereka yang melalui dan menjalani ibadah yang difardhukan dalam bulan ini dengan penuh keikhlasan dan rasa kehambaan, bukan keterpaksaan. Ini kerana, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang lebih baik di sana nanti.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;�Barangsiapa yang gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan, nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka.�(Hadis Riwayat Ahmad)
Justeru, dalam melaksanakan ibadah ini, apakah perkara yang boleh dilakukan secara harian sepanjang Ramadan itu ditempuhi? Berikut dikongsikan;
#1 � Mendirikan Ibadah Qiamullail
Sebaik bangun dari tidur, kita boleh mengambil masa selama 30 minit untuk mendirikan solat sebentar dan bermunajat kepada Allah SWT. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah solat sunat tahajjud, membaca Al-Quran atau berzikir.
#2 � Bersahur
Setelah berqiamulail, jangan lupa untuk bersahur kerana dalamnya terkandung barakah (berkat) sepertimana hadis berikut;
�Makan sahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.�(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
#3 � Solat Berjemaah
Menunaikan solat fardhu dan solat tarawih berjemaah di masjid atau surau amat digalakkan, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan. Dan, terlebih baik jika amalan ini dapat diteruskan setelah habisnya Ramadan nanti.
#4 � Membaca Al-Quran
Bulan Ramadan adalah bulan diturunkan Al-Quran. Oleh itu, memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada bulan ini amatlah digalakkan sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Selain menanam azam dan tekad untuk khatam Al-Quran, usah dilupa untuk menghayati kandungannya. Berusahalah untuk membacanya sekalipun kita tidak fasih.
#5 � Menghulurkan Sedekah
Menghulurkan sedekah boleh diberikan dalam apa jua bentuk sama ada wang ringgit, pakaian, makanan atau keperluan asas lain kepada mereka yang memerlukan. Setiap amal kebajikan yang dilakukan ketika Ramadan ini ganjarannya berlipat kali ganda.
#6 � Berbuka Puasa
Waktu berbuka adalah waktu yang dinanti-nantikan oleh mereka yang berpuasa dan waktu inilah ramai dalam kalangan kita mula mengambil berat tentang ketepatan masa waktu Maghrib. Apabila telah datangnya waktu berbuka, maka bersegeralah kerana di dalamnya terdapat kebaikan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;�Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.�(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan, sebenarnya banyak lagi amalan kebajikan lain yang boleh dilakukan dalam masa sehari kita berpuasa. Adapun, perkara di atas hanyalah sebahagian sahaja. Mudah-mudahan, kita dapat menjalankan ibadah ini dengan penuh penghayatan dan menjadikan 6 perkara di atas sebagai rutin harian sepanjang Ramadan.
Jika tidak mampu buat semua, buatlah mengikut kemampuan masing-masing sekalipun satu perkara. Insya-Allah. Moga bermanfaat.
Sumber : https://sempoimedia.blogspot.my
0 Response to "6 Amalan Yg Perlu DIGANDAKAN Bila Masuk Bulan Ramadhan. No 6 Buat Ramai Orang SUKA !!!"
Catat Ulasan