7 'C' Menurut Dr Fadzilah Kamsah Yang Patut Dielak Isteri Agar Tidak Dibenci Suami. Wajib Baca Ni!
Lumrah hidup berumah tangga, ada pasang surutnya. Ada baik dan ada buruknya. Masing-maisng ada kekurangan dan kelebihan tetapi yang penting kedua-dua belah pihak kena selalu muhasabah diri dan memperbaiki diri.
Berikut Tips 7 'C' yang menyebabkan suami benci isteri yang dikongsingkan oleh Dr Fadzilah Kamsah. Ia baik dan sangat berguna untuk renungan bersama agar keharmonian rumah tangga dapat dipelihara. Untuk para isteri, elakkan daripada melakukan 7C ini.
1. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita dan wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, "Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)!"
Dr Fadzilah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.
2. Cabul
Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami.
3. Celupar
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar, sama seperti cabul. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
4. Comot
Ada wanita yang cantik tetapi comot. Comot sama ada melibatkan wajah, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya.
Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi bila di rumah, comotnya!
Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi bila di rumah tidak mekap pun. Suami nak dekat pun tiada nafsu
5. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka.
Ini akan membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit telefon suami di pejabat. Suami baru balik kerja sudah kena tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime mula syak yang bukan-bukan. Suami mana yang tahan kan dengan perangai sebegini?
6. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tidak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Sangat tak suka.
7. Cincai
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak sudah masuk longkang tapi mak masih lagi lepak depan televisyen.
Tapi manusia adalah insan yang mudah lupa dan lalai pada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C ini. Justeru, bagi anda yang bergelar isteri, andai ada tanda-tanda 7C dalam diri cepat-cepat muhasabah dan elakkan perangai tersebut.
Sumber: Sempoimedia.blogspot
0 Response to "7 'C' Menurut Dr Fadzilah Kamsah Yang Patut Dielak Isteri Agar Tidak Dibenci Suami. Wajib Baca Ni!"
Catat Ulasan