Permintaan Khas Hana - Resepi Ikan Patin Tempoyak Dengan Timun Taun

Ok akak baru je duk YM dengan Hana dan ingin menunaikan permintaan khas dia yang baru balik semula ke Jepun tu untuk resepi ikan patin tempoyak yang ditibaiinya kat rumah akak hari tu..Hari tu akak masak, tak sempat pun amik gambar ikan patin tu..tapi budak Hana ni ada snap gambar dan mintak akak letak kat blog akak jugak..So akak copy gambar ni dan letak resepi sekali atas permintaan dia jugak laa..Kalau xda or x gemar ikan patin boleh jugak guna ikan kembung or tenggiri..tapi mungkin x kick cam ikan patin la kot..hehe..Ni xda rahsia dah, akak bg belaka..pandai-pandai la adjust rasanya. Ok Hana, selamat mencuba ya cayanggg...muaahhh!
Bahan:- (8 - 10 orang)
  • 2 ekor ikan patin - elok yang sungai punya (saiz sedang)
  • 12 - 14 tangkai cili padi - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 inci kunyit hidup - ditumbuk
  • 2 cawan tempoyak (akak guna 1 cawan tempoyak agak lama (masam sikit) & 1 cawan tempoyak baru sikit, kalau tempoyak baru semua, kena letak 1-2 kpg asam gelugor)
  • 1/2 batang timun taun (timun tua yang berwarna coklat gitu)
  • 8 - 10 tangkai daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan - belah 2
  • 2 cawan air untuk kuah secukupnya (jangan terlalu cair)
  • garam secukup rasa
  • gula (optional) - kalau terpedas sangatlah

Cara Memasak:-

  1. Ikan dipotong dan dibersihkan. Kemudian diperap dengan garam dan limau nipis lebih kurang 20 - 30 minit. Bersihkan semula dan toskan.
  2. Timun dibelah dua dan dibuang biji tengahnya dan potong 1/2 inci tebal. Bersihkan dan ketepikan.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan tempoyak dengan 1/2 cawan air dulu ke dalam periuk. Renehkan sebentar agar cili benar-benar masak.
  4. Bila telah mendidih, masukkan air untuk kuahnya beserta timun taun.
  5. Biarkan timun masak bersama tempoyak dahulu hingga 3/4 lembut dengan api sederhana perlahan. (timun ni agak keras jugak)
  6. Kemudian masukkan bungan kantan dan daun kesum. Biar sebentar biar kantan lembut.
  7. Masukkan ikan patin dan kacau sesekali sahaja. (ikan patin cepat masak dan mudah hancur jika selalu dikacau). Boleh tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat. Biarkan mereneh dan letak garam secukup rasa.

0 Response to "Permintaan Khas Hana - Resepi Ikan Patin Tempoyak Dengan Timun Taun"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel