SOLAT DHUHA BUATMU MURAH REZEKI SELUAS-LUASNYA
Bismillahirrahmanirrahim..
Related
- Benarkah Anak Istimewa Itu Satu Anugerah Dan Tidak Semua Orang Terpilih Untuk Diduga Sebegitu? Atau Sekadar Untuk Memujuk Hati Yang Lara?
- Adakah Perlu Bayar Ganti Rugi Sekiranya Putus Tunang? Mesti Ramai Yang Nak Tahu Hukumnya Dari Segi Undang-Undang Islam.
- Manfaat Luar Biasa dari Kebiasaan Mendoakan Orang Lain
Solat Dhuha ialah solat sunat yang dilakukan di waktu pagi bermula dari jam 8.00 pg sehingga gelincir matahari
Hukumnya sunat mu'akkad.
Paling sedikit dikerjakan 2 rakaat dan paling banyak 12 rakaat dengan dua rakaat salam
Sunat dibaca bila mana mengerjakan 2 rakaat shj, maka rakaat pertama membaca surah Asy-Syams dan rakaat kedua membaca surah Ad-Dhuha.
2. Keajaiban Solat Dhuha
Menjauhkan dari kemiskinan
Mempermudahkan keampunan dari Allah
Jalan untuk membuka pintu rezeki
Bentuk Sedekah
Sentiasa mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah
Mengubah kesukaran menjadi kemudahan dalam mencari rezeki
Allah akan membina istana di syurga
Menajamkan hati nurani
3. Cara mengerjakan Solat Dhuha
Niat solat Dhua
- "Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala"
Takbiratul ihram
Membaca doa iftitah
Membaca surah Al-Fatihah
Membaca satu surah dlm Al-Quran
Rukuk dan tasbih 3 kali
Iktidal dan bacaannya
Sujud dan tasbih
Duduk antara dua sujud dan bacaannya
Setelah rakaat pertama selesai, lakukan rakaat kedua sebagaimana cara di atas, kemudian tasyahud akhir lalu memberi salam
4. Doa Solat Dhua
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Sumber: http://duniaemaskini.blogspot.my
0 Response to "SOLAT DHUHA BUATMU MURAH REZEKI SELUAS-LUASNYA"
Catat Ulasan