TENANGNYA BILA MENGHAFAZ AL-QURAN
Firman Allah swt:
??? ???? ???? ????? ??????
�Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang� (Surah Ar-Ra�d:28)
Antara kelebihan apabila kita menghafaz al-Quran ialah hati kita akan berasa tenang. Dengan hati yang tenanglah akan memudahkan kita untuk mengingati hafazan al-Quran.Selain itu, ia juga akan mencerdaskan otak manusia, menyihatkan tubuh badan dan menjauhkan kita dari melakukan maksiat.
Dalil akal sahaja sudah cukup membuktikan penyataan di atas:
�Apabila kita berusaha untuk mengingati hafazan, kita akan cuba untuk mengelakkan maksiat. Antaranya berfikir perkara-perkara yang tidak berfaedah, melakukan perbuatan yang menyiksa diri sendiri seperti merokok, bergaduh dan sebagainya seterusnya terhindarlah diri kita dari melakukan dosa...�
WAKTU SESUAI UNTUK MENGHAFAZ AL-QURAN
1. AWAL PAGI SEBELUM DAN SELEPAS SUBUH - Waktu ini otak manusia masih �fresh� dan tidak memikir untuk hal-hal dunia. Sesuai untuk melancarkan dan mengulang hafazan lama.
2. WAKTU DHUHA SEBELUM MENJELANG TENGAHARI - Otak, fikiran dan tubuh badan masih segar dan sesuai untuk mengulang al-Quran dan melancarkan hafazan lama.
3. SELEPAS MAGHRIB - Waktu yang sunyi dan merehatkan fikiran. Sesuai untuk menghafaz hafazan baru.
4. SEBELUM TIDUR MALAM - Apa yang dihafaz akan �disimpan seketika� dan akan diulang apabaila bangun dari tidur.
Tidak digalakkan untuk mengulang al-Quran pada waktu tengahari dan waktu petang. Waktu ini disyorkan agar otak diberi �rehat seketika� seperti qailulah dan beriadhah.
Perkongsian buat penghafaz kalam Allah�
Betulkan niat setiap kali menghafaz al-Quran hanya kerana Allah. Kurangkan makan makanan segera yang sememangnya diyakini kurang khasiatnya. Kurangkan makan makanan diluar seperti makanan �khidmat tawsil� kerana kita tidak tahu amalan orang yang masak makanan tersebut walau orang Arab sekalipun. Rugi menghafaz hanya semata-mata kerana �exam�. Ye, memang ganjaran tetap ada akan tetapi berbeza darajatnya�
Renung-renungkan�Selamat Beramal
Sumber : http://ubs-pmram.blogspot.my
0 Response to "TENANGNYA BILA MENGHAFAZ AL-QURAN "
Catat Ulasan