Kisah Semut Nabi Sulaiman A.s Adalah Semut Pertama Yang Masuk Syurga Ke Dalam Syurga Allah.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan. Diantara kandungan dalam rukun Iman adalah percaya pada hari kiamat dan juga percaya pada Qada� & Qadar. Setiap amalan yang kita lakukan sedah semestinya dicatat oleh Malaikat untuk dihitung di akhirat kelak bagi menentukan syurga atau neraka tempat kita.
Berikut ialah sedikit penerangan dari kisah semut tersebut.
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, �hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.�
Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, �Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?�
�Sebesar biji gandum,� jawabnya.
Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.
�Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?� tanya Nabi Sulaiman.
�Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,� jawab si semut. �Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahwa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.�.
Wallahualam
Sumber: IslamikInfo
0 Response to "Kisah Semut Nabi Sulaiman A.s Adalah Semut Pertama Yang Masuk Syurga Ke Dalam Syurga Allah."
Catat Ulasan