Mini Murtabak Fiza
Mini murtabak ni Ummi hari Ahad kelmarin...Sori lambat posting sebab x berapa sihat, kena selsema teruk sampai naik merah dah hidung ni dan sekali la dengan batuk...adeeehhh..terawih pun x pergi...huhuuu...Petang Isnin Ummi buat nasi lemak je...nak masak pun xda mood dah..Resepi asal dari Fiza tapi Ummi ambil kat dapur Hajar, Thanks Hajar! Resepi ni dia punya sukatan main agak2 je ni tau..
Bahan:-
Kulit popia secukupnya.
Filling:-
Bawang putih - blend/tumbuk
Halia - blend/tumbuk
Serbuk karidaging (*ummi guna Adabi)
Serbuk kari kurma (guna Adabi jugak)
Garam masala
serbuk jintan putih
serbuk kari Madras (*x letak ni)
isi ayam cincang
sedikit air
garam
telor (*ummi letak 2 biji)
Bawang besar - potong nipis2.
Cara Membuat:-
Bancuh serbuk kari daging, kurma, garam masala, kari madras dan serbuk jintan putih dengan sedikit air menjadi pes. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes, kacau seketika. Masukkan isi ayam cincang dan masukan sedikit air. Gaul-mesrakan. Kacau sekali-sekala dan perasakan dengan garam. (sedikit saja garam, kerana kulit popia suda ada rasa masin). Masak hingga inti agak kering. Angkat dan sejukkan dalam mangkuk. Kemudian pukul telor, masukkan telor tadi dan bawang besar ke dalam mangkuk inti tadi. Kacau rata. Letakkan inti atas kulit popia dan lipat menjadi 4 sei. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper dan goreng murtabak menggunakan api yang sederhana kecil. Goreng hingga kedua-dua belah keperangan.
0 Response to "Mini Murtabak Fiza"
Catat Ulasan