Apam Pisang

Ni just nak letak entry yang Ummi masak jumaat lepas sebelum balik kampung...beli pisang haritu goreng sikit, pastu mcm xda orang je nak usik dah..fikir2 baik buat sesuatu, xpun jadi rezeki tong sampah lak kang..sempoii punya apam dari dapur Jun tu...Cuma Ummi ada adjust sikit bahan...
Bahan:-
  • 8 biji pisang emas (Ummi guna pisang siam..hehe)
  • 7 sudu besar gula pasir (sebab pisang siam ni kurang manis)
  • 1 biji telor
  • 3/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 sudu besar santan
  • tepung gandum secukupnya (+- 1 1/4 cawan)

Cara Membuat:-

  1. Didihkan air periuk kukusan.
  2. Pisang dilecek bersama gula hingga hancur.
  3. Masukkan telor, soda bikarbonat, santan dan tepung. Gaul rata dan sebati seperti bancuhan membuat jemput pisang.
  4. Sapukan loyang dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8inci.
  5. Kukus selama 30 minit hingga permukaan kuih berwarna keperangan/masak.
  6. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

Related Posts

0 Response to "Apam Pisang"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel