Skateboard Paling Mahal Diperbuat Daripada Emas.
New York: Ia papan luncur termahal di dunia, dijual dengan harga mengejutkan �9,000 (RM48,830). Papan itu disalut dengan emas tulen dan boleh digunakan seperti biasa walaupun berdepan dengan kerumitan untuk menyiapkannya.
Papan itu direka untuk kedai papan luncur New York, SHUT oleh pereka, Mathhew Willet.
Dia berkata, penting untuk papan luncur itu berfungsi sepenuhnya terutama kerana harganya.
Keenam-enam komponen papan berfungsi biasa, walaupun objek berkenaan disadur dengan emas dan berat 80 peratus lebih berbanding papan biasa.
Willet berkata: �Papan itu melalui banyak ujian, tetapi akhirnya ia hasil yang menakjubkan dan memberi pengalaman yang banyak.� - Agensi
0 Response to "Skateboard Paling Mahal Diperbuat Daripada Emas."
Catat Ulasan