Tip Pemilihan Kurma yang Berkualiti Tinggi

- Pilihlah kemasan yang baik. Jika anda membeli buah tersebut di pinggir jalan, hindari memilih buah dengan kemasan yang kotor. Debu dan asap akan mempengaruhi rasa dan kualiti serta kebersihan kurma.
- Telitilah buah kurma sebelum anda membeli. Lihat bahagian kulitnya. Pilih buah kurma dengan kulit yang cantik dan belum mengelupas.
- Buah kurma yang baik memiliki bentuk yang besar. Pilihlah kurma yang besar, kerana buah kurma yang kecil bererti ia sudah terlalu lama sehingga mengering.
- Pegang buah kurma dan pilihlah yang tidak melekit. Kurma yang baik dan manis tidak memerlukan tambahan gula atau madu. Ini biasanya merupakan trik penjual kurma yang menjual kurma berkualiti rendah.
- Pilih kurma dengan warna coklat, merah dan kekuningan. Jika terlalu merah sehingga kehitaman, itu bermakna buahnya kurang baik dan sudah lama.
- Pilih kurma dengan batang yang masih kuat. Ini dipercaya dapat mempertahan rasa manis buah kurma.
Sumber : wanista.com
0 Response to "Tip Pemilihan Kurma yang Berkualiti Tinggi"
Catat Ulasan