Strategi Syaitan Dalam Berbisik Kepada Anda Membuat Kejahatan.


Kecenderungan membuat kejahatan itu lebih mudah dilakukan, kerana manusia mempunyai kemahuan.

Kemahuan perlu dikawal oleh manusia, bukan kemahuan itu mengawal manusia. Kerana, musuh Islam adalah syaitan yang telah bersumpah untuk menyesat dan mengajak cucu-cucu Nabi Adam masuk sekali bersama dia dalam Neraka. Allah berfirman yang bermaksud;

�Dan wahai Adam, tinggallah kamu bersama isterimu dalam syurga dan makanlah sepuas-puasnya apa sahaja yang kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini (jika kamu menghampiri) maka kamu termasuk dari orang-orang yang zalim�.
 Surah al-Baqarah : 35

Daripada ayat ini, syaitan telah menyusun strateginya. Dia tidak terus kata mengajak, janganlah kamu ikut perintah Allah tetapi dia(syaitan) mengajak secara perlahan-perlahan.

Seperti kata Ustaz Nouman Ali Khan, syaitan mengajak Nabi Adam dan isterinya melihat pokok yang dilarang oleh Allah.;

�Hanya lihat sahaja, bukan suruh pegang dan makan pun. Pokok ini cantik, apa salahnya kita lihat,. Tidak haram pun.�

Sebab Allah kata jangan kamu dekati pokok itu. Ini fasa pertama atau peringkat pertama, peringkat seterusnya syaitan bisik;

�Sekurang-kurang kamu berdua tidak pegang, hanya melihat sahaja.�

Apabila semakin hampir kepada pokok itu, Syaitan hasut lagi;

�Kamu tahu, bukannya kamu tidak boleh memanjat pokok ini, jadi panjatlah sikit. Kamu cuma tak boleh makan sahaja.�

Pujukkan daripada syaitan ini datang hari demi hari, esok dan berterusan esok.

Inilah proses Syaitan untuk menyesatkan Nabi Adam dengan isterinya sehingga menang dengan pujukan sedikit demi sedikit.

Akhirnya proses penipuan oleh Syaitan berjaya keseluruhan untuk Nabi Adam makan buah larangan Allah tersebut.

Apa yang boleh kita ambil sebagai teladan, Syaitan memulakan daripada satu penipuan ke satu penipuan untuk membawa ke arah kejahatan itu.

Syaitan akan menyusun langkah kecil untuk cucu-cucu Nabi Adam mendekati sikit demi sedikit seperti yang telah dibuat kepada bapa dan ibu mereka.

Pepatah melayu pun ada berkata, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Jika sudah buat kejahatan, jika tidak dibendung atau tidak dikawal akan melarat. Sebaiknya cegah itu lebih baik dari merawat.

Tambah Ustaz Nouman Ali Khan lagi, Syaitan tidak terus terang suruh manusia berbuat jahat, kerana manusia ada fikiran, yang mana boleh tegah, itu haram dan ini halal, terlalu jelas.

Contoh analogi zaman sekarang;

�Eh, saya tidak minum arak, cuma melepak sahaja dengan mereka yang minum arak.�

�Saya tidak merokok, cuma melepak sahaja dengan mereka. Berbual-bual kosong.�

Kata Ustaz Nouman Ali Khan jangan kamu dekati mereka. Itu idea yang tidak bagus, carilah kawan yang bagus.

Mula-mula hanya melepak, apabila hasutan syaitan membisik, perasaan ingin tahu itu akan menyebabkan seseorang itu terperangkap tanpa sedar.

Ibadah pula semakin luntur jika seseorang itu sudah mula terjebak dengan perkara tidak sihat. Rasa kemanisan beribadah sebelum ini sudah tawar.

Hadis Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda:

Sahabat baik dan sahabat buruk itu seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi boleh memberikan minyak wangi, atau anda boleh membeli minyak wangi dari itu, dan jika tidak, anda masih boleh menciumnya. Bagi tukang besi itu, ia mungkin api api tentang pakaian anda, dan jika tidak, anda masih boleh mencium asap yang tidak menyenangkan.
 HR Bukhari 5534 dan Muslim 2628

Daripada sudut Psikologi seseorang itu pula, akan mengalami peribadi yang kurang baik. Cepat marah, sombong, cakap dia sahaja yang betul, tidak disiplin dan lain-lain. Aura untuk bersangka baik itu berkurang.

Tetapi untuk menuduh seseorang itu buat kejahatan secara keseluruhan tidak mendatangkan faedah.

Mungkin kejahatan yang dilakukan itu pengaruh dari persekitaran sekeliling, terjebak secara tiba-tiba, terpaksa melakukan dan banyak sebab lain lagi.

Saya ada melihat video versi bahasa arab di laman sosial dan sudah tular. Mungkin kalian pun sudah melihat, yang mana seorang ayah sanggup mencuri buah dan empunya kedai itu marah lalu mengejar.

Setiba di rumah si ayah itu, beliau melihat ayah yang mencuri itu, hulurkan buah-buah itu kepada anaknya.

Lalu si penjual itu memaafkan dan lebih indah jika video itu ceritakan, beliau ambil si ayah itu sebagai pekerja.

Maksudnya menolong seseorang itu bekerja untuk mendapatkan pendapatan untuk kelangsungan hidup seharian.

Doa merupakan senjata orang muslim, jadi doakan yang terbaik untuk mereka sekiranya nampak di depan mata. Luaskan jalan untuk mereka rezeki, lapangkan dada mereka dari keluh kesah.

Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu).

Riwayat Muslim

0 Response to "Strategi Syaitan Dalam Berbisik Kepada Anda Membuat Kejahatan."

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel