Ikan Tenggiri Pedas Bersantan

Jumaat kelmarin Ummi cuti ..lepas buat swiss roll triffle untuk majlis pertunangan adik, ummi sempat lah jugak masak hidangan tengahari paling sempoi dan cepat sebelum mula dengan satu lagi projek untuk majlis pertunangan adik..hehe..xdalah projek besauuu pun, majlis pertunangan je kan..Masak tetap masak, hb n kids nak makan..

Bahan:-
4 keping ikan tenggiri
3 sudu besar cili giling/kisar
1 1/2 cawan santan pekat
1 cm lengkuas - kisar
1 cm kunyit hidup - kisar
6 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 cawan air asam jawa
garam
gula

Cara Memasak:-
Basuh ikan, gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak, tumis bahan kisar dan perlahankan api. Kacau dan jika perlu tambah air, kacau hingga cili naik minyak. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan dan air asam jawa. Masukkan ikan dan gaul rata. Masukkan santan, garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Tutup api dan hidangkan.

0 Response to "Ikan Tenggiri Pedas Bersantan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel