Sungai Menakjubkan Berada Atas Sungai
Magdeburg Water Bridge ' adalah jambatan air dimana kapal - kapal besar melintas di atasnya dan merupakan yang terpanjang iaitu 918 meter .
Magdeburg Water Bridge dibina untuk pengangkutan barangan dari timur dan barat Jerman , terutama laluan untuk kapal komersial besar dari saluran Elbe - Havel ke Rangkaian Mittelland tanpa perlu membuat jalan sepanjang 12 - kilometer menggunakan laluan sungai Elbe .
Tanpa Jambatan Air , kapal dari saluran Mittelland terpaksa melalui Sungai Elbe melalui Rothensee dan memakan masa. Tahap air yang rendah dari sungai Elbe sering menghalang kapal tongkang berat melewati laluan ini , sehingga memakan masa untuk mengosongkan kargo .
Pembangunan saluran air ini bermula sejak tahun 1930 namun terhenti selama Perang Dunia II dan Perang Dingin . Selepas penyatuan semula Jerman , pembangunan salauran ini kembali menjadi keutamaan . Pekerjaan dilanjutkan pada tahun 1997 , dan Magdeburg Water Bridge akhirnya selesai pada tahun 2003 .
0 Response to "Sungai Menakjubkan Berada Atas Sungai"
Catat Ulasan