Calamari Ring (Again!!)
Anak ummi request wat sotong celup tepung ni..dah lama x makan..aah ya..memang pun..So layan. Penah dah letak resepi dulu rasanya...Xpalah rajin sikit ni..lagipun senang je ni.. :)
Bahan:-
1/2 sudu teh jus halia
1 tangkai daun bawang - hiris halus2
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung beras
garam
serbuk cili/serbuk kari
minyak
Cara Memasak:-
Bersihkan sotong dan lapkan dengan kitchen towel (*supaya digoreng tidak meletup nanti). Gaul sotong dengan jus halia, daun bawan, garam dan serbuk cili/serbuk kari. Dalam bekas lain campurkan kedua-dua tepung dan golekkan sotong ke dalam tepung. Goreng hingga kekuningan.. jangan terlalu lama, nnt sotong jadi lembik la pulak!
0 Response to "Calamari Ring (Again!!)"
Catat Ulasan