Singgang Sotong

Sebenarnya Ummi berpuasa dari minggu lepas lagi, weekend baru ni break puasa sebab nak attend kenduri anak sedara sebelah hubby. Lepas berbuka malam Jumaat lepas terus balik Temerloh dan kendurinya hari Sabtu. Ahad malam baru balik sini..then sambung lagi puasa, sebab tu lah xda masak beria-ia sangat! Esok kira raya lah..ada 2 jamuan raya nak pergi ni..hehe..Ok meh layan resepi dari Nor_67@MR ni...x penah masak singgang sotong..sedap rupanya..tambah2 bila dibiarkan semalaman, kawww gitu..!!
Bahan:-
500 gm sotong
3 biji cili merah (*ummi tambah 5 biji cili padi lagi..hehee)
1 labu bawang besar
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas - ketuk
2 batang serai - ketuk
3 keping asam gelugur
daun kesum
secubit belacan
1/2 sudu besar gula
garam secukup rasa
500 ml air - jika nak lebih kuah, tambah lagi

Cara Memasak:-

Bersihkan sotong, potong ikut suka dan toskan airnya. Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus. Tuang ke dalam periuk dan masukkan air, lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan. Masaklah hingga mendidih selama 5 minit dan barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (*ummi x guna perasa aji, sebab tu letak gula). Biarkan mendidih seketika (lebihkurang 3 minit) dan padamkan api. (jangan masak sotong terlalu lama takut jadi liat pulak isinya). Jika dibiarkan semalaman, bertambah sedap kerana bahan2 dan asam sudah cukup mesra.

Related Posts

0 Response to "Singgang Sotong"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel