Cucur Badak

Sabtu semalam Ummi buat lah sikit kuih cucur badak ni..sebab hb dan Najiha nak makan..dulu2 buat x penah ikut sukatan, main agak2 je..jadi je..tp ni sebab nk kena letak resepi, Ummi guna Yatt pnya sukatan laa..sebab mak orang utara dan Yatt pun asal sana..igt tekak kitaorang sama je lah, tu pasal Ummi amik resepi dia..Yatt, akak mintak izin kopipes je lah eh..(*Yatt ada kat kampung ni duk berpantang.. :D)
Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil )
utk kulit ;
2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
Garam
utk inti;
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula
untuk inti:
blender cili kering,serai,udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit , minyak , garam , gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.
untuk kulit;
Rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air, tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, sennag nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap. Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengkung. Isi inti dan dan bulatkan..Goreng dengan minyak banyak dan api sederhana saja...Angkat bila kuning keemasan.

tip: Semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat, keje pun cepat dan senang. Letakkan inti dan tutup kembali.

0 Response to "Cucur Badak"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel