Pulut Panggang Inti Udang (Stail Utara)

Hari minggu baru ni sebelum goreng mee, Ummi sempat buat pulut ni sebab ada lebih lagi inti cucur badak kelmarin..sayang nk buang..terpikir lah nk buat pulut ni..kalau hb ada mesti dia suka..xpa lain hari Ummi buat semula eh..Ni pun favourite Ummi jugak, kalu balik kampung abah mesti belikan Ummi pulut panggang ni, sedaappp! So layaannn..(sori lambat posting, internet kat rumah ada problem sikit, ni baru okayyy)

Bahan Pulut:- (8 biji)
1 cawan beras pulut - rendam 2 jam
1 cawan santan pekat
sedikit garam
Beberapa helai daun pisang - layurkan atas api, lap dan kerat ikut saiz nak balut nnt
Lidi - kerat 1 1/2 in

Bahan Inti - refer di Sini ya.

Cara Membuat:-
Basuh beras pulut dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan campurkan santan dan garam. Masak dengan api sederhana dan kacau2 selalu. Bila kering, biarkan pulut benar2 masak atas api paling kecil sebentar. Sejukkan sikit. Ambil daun pisang yang telah dipotong selebar 1 jengkal, letak pulut atas daun pisang, letakkan inti ditengah pulut dan gulung daun pisang biar kemas. Tekan2 bahagian hujung daun agar pulut kemas dan selitkan lidi. Buat hujung satu bahagian lagi. Panggang atas api sederhana dan balik2kan pulut selalu. Bila daun telah hangus2 garing sikit, bolehlah diangkat.

0 Response to "Pulut Panggang Inti Udang (Stail Utara)"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel