Kuih Lapis Pandan
Ni kuih untuk berbuka puasa petang Jumaat semalam...lama dah teringin nak buat ni...baru ni dapat...Balik je rehat tengahari Jumaat tu, sempatlah Ummi mengukus kuih ni...so petang Ummi masak lauk je laa..emmm resepi ni memang sedap, kena dengan santan pekat gitu...lemak berkilat je nampak..emmmm...best, puashati buat sendiri kan..Resepi ni Ummi kutip dari Resepi Raidah.
Bahan:- (Loyang bulat 8inci)
(Bahan A)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sduu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
(Bahan B)
Perisa pandan - boleh juga menggunakan jus pandan
pewarna hijau
Cara Penyediaan:-
- Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
- Masukkan perasa pandan dan pewarna hijau dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
- Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
- Masukkan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus elama 5 minit.
- Lapiskan pula 1 senduk adunan hijau dan kukus lagi selama 5 minit.
- Lapiskan lagi adunan putih dan hijau berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, Ummi balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lebih lama sedikit).
- Sejukkan dan bolehlah dipotong.
0 Response to "Kuih Lapis Pandan"
Catat Ulasan