Donut Pesona

Bahan:- (20 biji saiz sederhana)
- 3 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar gula halus
- 11 gm (1 paket) yis mauripan
- 2 sudu besar air suam
- 3/4 cawan susu cair (*ummi guna fresh milk)
- 1 biji telor
- 3 sudu besar marjerin (suhu bilik)
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 titik esen vanila (ummi x letak pun)
- 1 titik esen ros (x letak jugak)
- 1 1/4 sudu teh pelembut Bio Bostan (*ummi guna bread softner jek)
- Larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), pindahkan ke dalam susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
- Pindahkan larutan susu-yis ke dalam mangkuk dan masukkan gula, telur, margarin, garam dan PELEMBUT BIO DONUT.
- Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik.
- Masukkan separuh tepung dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian.
- Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda).
- Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
- Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
- Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat.
- Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
- Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.
0 Response to "Donut Pesona"
Catat Ulasan