Dam Bagi Arwah yang Pernah Meninggalkan Puasa


SOALAN:

Salam

Kematian ayahnada tercinta membongkar perihal beliau meninggalkan puasa kerana ...... (rahsia). Selepas ibu berjumpa dengan Kadi maka beliau dianggarkan RM 30,000 untuk membayar dam. Ade cara lain ke boleh ganti. Saya ambil 100 hari ke ? atau macam mana ? kemampuan untuk melangsaikan RM 30,000 tu memang diluar keupayaan setakat hari ini. TOLONG ....................

JAWAPAN:

Wassalam

Alhamdulillah.

Terima Kasih syeikh thtl. Jumlah RM30,000 fidyah itu kemungkinan diperolehi dari gandaan terhadap fidyah apabila tidak dapat menghabiskan qada' puasa dan bulan puasa yang berikutnya telah tiba. Sesungguhnya tiada dalil atau nas yang menunjukkan bahawa fidyah ini boleh berganda.

Bagi mereka yang berpegang kepada Mazhab Syafie, bolehlah si-pewaris melakukan fidyah tersebut bagi pihak si-mati, tanpa gandaan fidyah dengan menggunakan harta si-mati, kerana Mazhab Syafie hanya membenarkan ibadat2 badaniyah (eg: Solat, Puasa dan Haji) dilakukan oleh orang itu sendiri.

Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi membeza hari2 yang harus diqada'. Jika seseorang itu mati semasa ianya sakit atau didalam permusafiran, tidak ada qada' keatasnya, (dengan alasan) kerana tidak menjumpai hari lain yang boleh dilakukan qada'. Akan tetapi apabila seseorang itu sembuh atau perjalanan sudah tamat, maka ia harus mengqada' kadar bilangan hari yang dia sihat atau hari2 disempat menikmati tinggal dirumah.

Menurut beliau, HARUS qada' ini menunjukkan bahawa jika salah satu dari pada 2 perkara berikut dilakukan, maka tanggungannya telah lepas.

(a) Puasa di qada' oleh walinya atau pewarisnya, sebagaimana hadith marfu' dari 'Aisyah ra :-

?? ??? ????? ????? ??? ??? ????

"Barangsiapa yang mati dan masih menanggung puasa, maka berpuasalah bagi pihak oleh walinya" -[Hadith Muttafaq 'alaih, al-Lu'lu' wa al-Marjan, ms 704].

Didalam riwayat al-Bazzar, terdapat penambahan (?? ???) "Jika dia mahu". [dijalam Majma; al-Zawaaid, 3/179]. Maka ini jelas menunjukkan bahawa tidak wajib bagi wali melakukannya, dan dilakukan bagi tujuan kebaikkan si mati. Konsep ini disokong oleh hadith Ibn Abbas ra, dimana beliau berkata bahawa terdapat seseotang bertemu dengan Rasulullah saw lalu bertanya :-

?? ???? ????? ?? ??? ???? ?????? ??? ???? ??????? ????? ???: "??? ???? ???? ??? ?? ????"

"Ya Rasulullah, Jika ibuku mati dan di menanggung pausa satu bulan, apakah boleh saya mengqada'kan bagi pihaknya? Maka baginda bersabda :'Ya, Hutang Allah lebih berhak dibayarkan'" - [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim, Lu'lu' wa al-Marjan, ms 705].

Menurut Syiekh al-Qaradawi :

??????? ???? ?????? ?? ????? ?? ?????? ??? ???? ??? ?????.

"Maka yang sahih/benar ialah dibolehkan berpuasa bagi pihak mayat dan bukannya wajib, dan denganya maka terlepaslah tanggungan si mayat"

(b) Memberi makan kepada orang miskin sebanyak hari yang si-mati tinggalkan. Berkata Syiekh al-Qaradawi :-

???? ???????? ???? ?? ?????? ???? ????? ?? ????? ??????? ?? ?? ??? ???? ???? ????? ???? ???? ??????? ?????? ???? ??? ?? ????.

"Boleh memberi makan kepada fakir miskin bagi pihak si-mati, dengan menggunakan harta peninggalannya, sebanyak hari2 yang ditinggalkannya, dengan dalil bahawa hutang kepada Allah dibayar dengan peninggalannya (hartanya), hutang kepada lebih berhak dibayarkan".

Begitulah dua kaedah yang dipaparkan oleh Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. berkenaan dengan orang mati yang masih tertanggung puasanya. Wallahu A'lam

Sumber: http://soaljawabpuasa.blogspot.my/

0 Response to "Dam Bagi Arwah yang Pernah Meninggalkan Puasa "

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel